Notasi anak panah atas Knuth

Dalam matematik, notasi anak panah atas Knuth ialah satu cara menulis integer yang sangat besar, yang diperkenalkan oleh Donald Knuth pada 1976.[1] Ia berkait rapat dengan fungsi Ackermann terutamanya pada urutan hiperoperasi. Idea ini berdasarkan fakta bahawa pendaraban boleh dilihat sebagai penambahan berulang dan pengeksponenan boleh dilihat sebagai pendaraban berulang. Jika diteruskan begini, ia akan membawa kepada pengeksponenan berulang (tetrasi) dan kepada baki urutan hiperoperasi, yang biasanya ditulis dengan notasi anak panah Knuth. Dengan kata lain, notasi anak panah atas Knuth boleh digunakan untuk menulis nombor yang sangat besar di dalam ruang yang sangat kecil. Ia sangat berguna apabila nombor yang sangat besar disebut di dalam carta dan graf di mana ruang adalah terhad.